Monday, December 29, 2008

Dalam proses akhir penerbitan



Hasil penumpuan saya selama 4 tahun dalam bidang komputer maka dengan ini lahirlah sebuah produk pembelajaran interaktif VCD pemasangan komputer dirumah. Produk ini akan dilancarkan awal tahun 2009.

Sedikit mengenai penulis, penulis merupakan salah seorang tenaga pengajar disebuah pusat latihan di utara tanah air. Telah berkhidmat hampir 4 tahun dalam dunia kemahiran dan pembelajaran. Sebelum melibatkan diri dalam bidang pendidikan, penulis pernah terlibat secara langsung di bidang industri dengan project Sun Microsystem dan SCAPP.

Pengalaman penulis ialah Mengajar dalam bidang rangkaian komputer dan komputer teknologi. Mengikuti berbagai-bagai kursus kemahiran di seluruh negara. Dari pemerhatian saya, kita sebagai pengguna komputer perlu menguaisai kemahiran baikpulih komputer itu sendiri kerana ia adalah sesuatu yang mudah dan menyeronokkan.

Komputer sama lah juga seperti kereta, perlu diservis secara berkala sebab kita menggunakannya setiap hari. Bagai mana cara untuk melakukan semua ini, ianya bakal saya kompilekan dan divideokan untuk dikongsi bersama. "knowledge is nothing without share" this is my wisdom word untuk semua anak-anak murid saya.Apa pun tunggu kemunculan VCD siri kemahiran Teori Pemasangan Komputer nanti.

Sunday, December 28, 2008

Salam perkenalan




Dengan satu harapan beberapa hari lagi kita akan berada di tahun 2009. Perkembangan komputer pasti bergerak selaras dengan permintaan pengguna. setiap dari kita menggunakan komputer dan hampir 65 peratus penduduk malaysia mempunyai komputer dirumah.

Komputer sudah jadi seperti kenderaan kita kita sendiri. Apa akan berlaku sekiranya komputer kita mengalami kerosakan. Perlukah kita menghantar komputer kita di kedai..?
susahkah untuk memasang sebuah komputer di rumah? Jawapannya anda tentukan setelah anda dapat mengikuti kelas pemasangan komputer dengan saya