Tuesday, January 27, 2009

3 perkara yang anda mesti buat untuk 'melajukan' komputer anda




DISK DEFRAGMENTER - Menyusun Semula Kandungan Cakera Keraas.
Cakera keras terdiri daripada ruangan atau sektor yang menyimpan fail. Apabila sesuatu fungsi capaian dilaksana, sistem operasi akan mengakses fail tertentu yang disimpan didalam cakera keras. Lebih cepat sesuatu fail diakses, lebih pantas fungsi itu beroperasi.

Bagaimanapun, kandungan cakera keras sentiasa berubah kerana pengguna tetap menambah atau menghapuskan fail dan perisian. Bila ini berlaku, susunan dan kandungan fail didalam cakera keras turut berubah. Lebih berselerak susunan fail didalam cakera keras, lebih lambat sesuatu fail atau komponen diakses.

Masalah ini boleh diperbaiki menggunakan Disk Defragmenter. Secara am, Defragmenter akan mengimbas cakera keras dan menyusun semula fail ke dalam sektor yang kosong.
Selain itu Defragmenter akan menentukan keadaan susunan fail, membaca setiap sektor, mengenalpasti sektor yang rosak, dan memperbaiki semula susunan fail. Bila pengguna memulakan Defragmenter, fungsi ini membaca setiap sektor dan kandungannya. Kandungan yang boleh diubah dibawa kesektor kosong. Ini akan memampatkan susunan fail dan mengurangkan jumlah sektor kosong.

Pengguna digalak supaya melakukan Defragmenter selalu kerana cakera keras dengan kandungan yang berterabur memperlahankan operasian PC, terutama ketika membaca atau mencari fail daripada cakera keras.

BACK UP - Menyelamatkan Kandungan Cakera Keras

Tidak ramai pengguna mengetahui dan menggunakan fungsi Backup atau pendua. Secara am, fungsi ini membenarkan pengguna membuat salinan sesuatu fail, program dan sistem operasi kedalam media storan lain seperti cakera liut, ruang storan cakera keras di server atau pita.

Sebagai langkah keselamatan ketika kerosakan fail, salinan fail yang telah dibuat boleh dikeluar dan digunakan semula.
Untuk memulakan "backup", klik System Tools dan pilih fungsi Back-up. Panel uatama mempamer semua pemacu, folder dan fail yang dikesan sistem. Klik folder atau fail yang hendak disalin dan pilih Next, kemudian pilih pemacu atau drive dimana salinan akan disimpan dengan mengklik pada pemacu itu. Jika pemacu A dipilih, masukkan disket. Setelah selesai, namakan fail yang sudah disalin tadi.


DRIVESPACE - Meningkatkan Kebolehan Storan Cakera Keras

Kebanyakan pengguna selalu merungut ruangan storan cakera keras yang tidak pernah mencukupi walaupun setelah menambah, menggantikan dengan cakera lebih besar atau mengeluarkan fail daripada Recycle Bin dan folder Temp.
Windows mengatasi masalah ini dengan menggabungkan fungsi Drives Space yang berfungsi sebagai ejen mampatan. Contohnya, DrivesSpace boleh meningkat keupayaan storan sistem 30MB yang masih tidak digunakan menjadi sehingga 600MB selepas operasi mampatan. Sesuatu yang menakjubkan dan berguna terutama kepada mereka yang malas untuk menambah atau menggantikan cakera keras kepada size lebih besar.
Untuk menambahkan ruangan storan pemacu anda, klik DriveSpace, pilih pemacu yang hendak dimampatkan dan daripada menu Drive, pilih Compress.

Panel DriveSpace akan menunjukkan status storan sebelum dan selepas dimampatkan. Klik Start jika anda ingin meneruskan operasi mampatan. Pengguna juga boleh memampatkan disket 1.44 MB tetapi nisbah yang akan dihasilkan tidak setinggi cakera keras.

Harus dinyatakan disini, fail didalam pemacu yang telah dimampat mungkin mengambil sedikit masa untuk dibaca. Bagaimanapun sistem PC dengan pemprosesan lebih pantas mengatasi masalah ini. Pengguna diingatkan supaya jangan memampat disket atau pemacu yang telah dimampatkan kerana ini mungkin menghilangkan data yang tersimpan.

Saturday, January 17, 2009

sedikit info tentang branding

Ramai yang tanya saya apa beza ciri-ciri prosesor yang pernah mereka dengar ini. disini disenaraikan sedikit info buat saudara untuk kita kongsi bersama





Intel Core 2 Duo = untuk desktop komputer

Intel Pentium Dual Core = sama, utk desktop

Intel Pentium Centrino Duo = Intel centrino duo maknanya; dual core utk laptop

Intel Pentium Centrino Mobile = centrino ni biasanya untuk laptop la. single core.

AMD Anthlon 64 2x = AMD Athlon ni utk desktop komputer. kalo utk laptop, nama dia AMD Turion. simbol "X2" ni maknanya dual core.

Friday, January 9, 2009

Sejarah Perkembangan Komputer

Sejarah perkembangan komputer telah berkembang sejak 6 dekad yang lalu..Sejarah perkembangan komputer ni boleh dibahagikan kepada 4 Generasi…Ia bermula dengan

–>Abakus atau sempoa dianggap sebagai sejarah komputer terawal. Berasal dari Asia…Banyak digunakan di negara cina dan jepun beribu2 sebelum masihi..Ia digunakan bagi pengiraan dimana sebiji manik atau menggegarkan sempoa mewakili nilai sesuatu pengiraan.

–>1600 - John Napier telah menemui alogaritma dimana ia langkah pertama dilakukan oleh bangsa eropah dan menghasilkan jadual log pertama [Log Tables] pada tahun 1614.

–>1620 - Robert Bissaker telah mencipta mistar gelongsor [Slide Rule], pengguna boleh mengira dan menyelesaikan sesuatu pengiraan yang rumit dengan pantas berbanding secara manual.

–>1642 - Blaise Pascal, satu ahli matematik Perancis dan ahli falsafah, mencipta kalkulator mekanikal digital , dipanggil Pascaline. Tujuan beliau cipta untuk membantu ayahnya, seorang pegawai percukaian di perancis. Walaupun mesin ini boleh melakukan tambahan dan penolakan di semua nombor, ianya mahal dan cuma beliau saja je boleh baiki.

–>1694 - Gottfriedd Leibnitz telah mecipta kalkulator yang lebih berkesan dari Pascaline…Walaupun pengiraaan yang dihasilkan oleh mesin nie tepat tapi terdapat masalah dan amat sukar bagi menghasilkan mesin ni

–>1812 - Charles P. Babbage, “Father Of Computer“… Ia adalah titik perubahan di dalam sejarah komputer… Beliau telah merekabentuk sebuah mesin, enjin beza [Different Engine] yang berkuasa wap, berfungsi outomatik dan diperintah oleh satu program arahan tetap. Dalam 1833, Babbage berhenti mengusahakan mesin ini untuk menumpukan pada enjin analisis [Analytical Engine].

–>1820 - Joseph Jacquard memperkenalkan kad-kad kemasukan atau input utk mesin enjin analitikal [Analytical Engine].

–>1840 - Augusta Ada. “The First Programmer” mencadangkan bahawa satu sistem perduaan mestilah digunakan untuk tempat penyimpanan kurang daripada satu perpuluhan sistem…

–>1850 - George Boole membangun “Boolean” logik dimana banyak digunakan dalam rekabentuk litar komputer.

–>1890 - Dr. Herman Hollerith memperkenalkan elektromekanik [Tabulating Machine] dengan menggunakan kad-kad yang diperkenalkan oleh Joseph Jacquard , kad tebuk memproses data mesin ini digunakan untuk membanci bagi mengumpul maklumat untuk 1890 U.S. Penjadual Hollerith’s telah berjaya dan beliau telah memulakan perniagaan sendiri dan memasarkannya. Pada tahun 1911 Hollerith’s Tabulating Machine Company telah bergabung dgn dua lagi syarikat dan pada 1924 mereka telah menukarkan nama syarikat kepada International Business Machines Corporation [IBM] yang menjadi gergasi dunia komputer pada masa kini.

–>1906 - tiub vakum direka oleh Ahli fizik Amerika Lee De Hutan.

–>1939 - Dr. John V Atanasoff dan penolongnya Clifford Berry telah mencipta komputer digit elektronik pertama.

–>1941 - Konrad Zuse dari Jerman, telah memperkenalkan komputer aturcara pertama direka bagi menyelesaikan persamaan kejuruteraan yang kompleks…Mesin ini, dipanggil Z3, adalah yang pertama sebagai ganti sistem penduan kepda sistem perpuluhan..
Lepas tu, sejarah komputer dibahagikan kepada 4 generasi
Generasi Pertama [ 1942 - 1959 ]
Generasi Kedua [ 1959 - 1964 ]
Generasi Ketiga [ 1964 - 1970 ]
Generasi Keempat [ 1971 -1999 ]

Friday, January 2, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Tahun 2008 telah berlalu dan digit 2009 terus datang untuk menggantikannya. dalam tahun 2008 saya mengambil kira-kira 3 bulan untuk menyiapkan VCD siri kemahiran pemasangan komputer. saya mmerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan siri pemasangan komputer ini, dan ianya bakal berada di pasaran dalam tempoh sebulan akan datang.

VCD siri pembelajaran pemasangan komputer ini sangat sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari selok belok pemasangan perkakasan komputer hingga ke perisian komputer. tidak kira beza umur dan peringkat dewasa, semua orang mampu memasang komputer dari rumah. Apa yang anda perlu ialah pengetahuan dan pemerhatian teori dalam VCD ini.

Monday, December 29, 2008

Dalam proses akhir penerbitan



Hasil penumpuan saya selama 4 tahun dalam bidang komputer maka dengan ini lahirlah sebuah produk pembelajaran interaktif VCD pemasangan komputer dirumah. Produk ini akan dilancarkan awal tahun 2009.

Sedikit mengenai penulis, penulis merupakan salah seorang tenaga pengajar disebuah pusat latihan di utara tanah air. Telah berkhidmat hampir 4 tahun dalam dunia kemahiran dan pembelajaran. Sebelum melibatkan diri dalam bidang pendidikan, penulis pernah terlibat secara langsung di bidang industri dengan project Sun Microsystem dan SCAPP.

Pengalaman penulis ialah Mengajar dalam bidang rangkaian komputer dan komputer teknologi. Mengikuti berbagai-bagai kursus kemahiran di seluruh negara. Dari pemerhatian saya, kita sebagai pengguna komputer perlu menguaisai kemahiran baikpulih komputer itu sendiri kerana ia adalah sesuatu yang mudah dan menyeronokkan.

Komputer sama lah juga seperti kereta, perlu diservis secara berkala sebab kita menggunakannya setiap hari. Bagai mana cara untuk melakukan semua ini, ianya bakal saya kompilekan dan divideokan untuk dikongsi bersama. "knowledge is nothing without share" this is my wisdom word untuk semua anak-anak murid saya.Apa pun tunggu kemunculan VCD siri kemahiran Teori Pemasangan Komputer nanti.

Sunday, December 28, 2008

Salam perkenalan




Dengan satu harapan beberapa hari lagi kita akan berada di tahun 2009. Perkembangan komputer pasti bergerak selaras dengan permintaan pengguna. setiap dari kita menggunakan komputer dan hampir 65 peratus penduduk malaysia mempunyai komputer dirumah.

Komputer sudah jadi seperti kenderaan kita kita sendiri. Apa akan berlaku sekiranya komputer kita mengalami kerosakan. Perlukah kita menghantar komputer kita di kedai..?
susahkah untuk memasang sebuah komputer di rumah? Jawapannya anda tentukan setelah anda dapat mengikuti kelas pemasangan komputer dengan saya